Bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah, dpt juga sy menulis kali ini. Memang agak lama tidak menulis, dalam jangka masa tersebut, byk juga yang saya pelajari. Semua yg saya alami, pelajari, dan hadapi sekarang benar2 membuatkan sy berfikir dan terus berfikir. Sy seolah2 berada di tepi sebuah tasik yang aman,tetapi, nun jauh di hujung sana ada lagi rupanya tasik yang lebih aman, tenang, burung2 berkicauan dgn riangnya. Namun berat utk sy meninggalkan tasik pertama. Sy memberi alasan, "alah, tasik ni pun ok, bukannya bahaya, pandai la jaga diri, air bukannya dalam pun, xde buaya lagi:)Begitulah cr sy beralasan pd masa itu.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu" (52-56)
dgn kata lain, sy rasa saya sudah selamat, solat, puasa, dan sebagainya..tetapi hakikatnya, itu semua tidak cukup, saya terlupa akan satu lagi tujuan penciptaan kita iaitu untuk menjadi khalifah di muka bumi ALLAH, dgn kata lain, menyampaikan pesanan2 dan kalimah2 ALLAH.
Sudah dijelaskan dalam al-Quran mengenai tujuan penciptaan kita, namun berapa dari kita yang mengambil pengajaran.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat. Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu? "'Dia berfirman, Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"'. (Al- Baqarah, ayat 30)
Jikalau ibu kita menyuruh kita membeli kek di kedai, tegarkah kita melawan pesannya,mesti kita pun pergi belikan, apalagi jika pesan itu direct dari ALLAH melalui kitabNya, sanggupkah kita mengabaikan kalimah2 itu? Tepuk dada tanyalah iman.
Dan betapa banyak lagi pesanan, ayat cinta, mahupun amaran ALLAH kepada kita dalam Al- Quran, yg tidak kita peduli. Sekalipun setiap hari kita membaca al- Quran, dengan penuh tartil dan tajwid yg betul,pernahkah kita membelek helaian itu dan cuba menyelami apa yang disampaikan di dalamnya.Bukannya belajar tajwid itu salah, bukannya membaca al-Quran berjuzuk2 dengan berlagu itu salah, semuanya bagus dan boleh kita pelajari. Tetapi, apa yang salah adalah tidak pula kita cuba mentadabbur (mengkaji dan menyelidik) ayat- ayat ALLAH tersebut dan mengambil pelajaran dari nya.
Sekiranya boyfriend or girlfriend kita bagi kita surat cinta, adakah kita cakap, 'apa la tulisan camni, ejaan salah la, n etc', tentulah tidakkan. Tetapi, apa yg kita lihat adalah apa yg terkandung di dalamnya, apa yg cuba dinyatakan. Begitu jugalah dgn Al- Quran, yang perlu dihayati. Untuk hidup selamat sejahtera, ayuhlah kita hidup dengan mendekati al- Quran dgn sebenar-benarnya, bukannya dgn sekadar meletakkannya di tmpat yg tinggi di atas almari, beralaskan reha yang ditutupi dgn kain baldu yg indah, sehingga tdk tercapai oleh tgn kita sendiri. Wallahua'lam:)