antara langit, laut, dan daratan

antara langit, laut, dan daratan
TUNTUN LANGKAHKU TUHAN

Thursday, March 31, 2011

Duniawi versus Ukhrawi

Bismillahirrahmanirrahim....

firman ALLAH, "carilah bekalan untuk hari akhirat, tetapi jangan kamu lupakan bahagianmu di dunia"...

Untuk apa? untuk menolong kita dalam menaikkan agama ALLAH...
apabila dikatakan hal2 duniawi? apakah yg bermain di fikiran kita? adakah kita terbayangkan kerja sekolah kita yang berlambak2, ataupun byknya movie2 yg belum ditonton? wallahu'alam...anda sendiri yg dpt menjawabnya...

Kita reflect kembali, untuk apa kita belajar? adakah ia demi segulung ijazah semata2...jika ianya adalah 'tool' untuk kita berdakwah di jalan ALLAH mengapa tidak? Dan jika movie yg kita tonton berjam2 lamanya sehingga waktu solat pun kita lewatkan, maka baikkah ia?

Sesungguhnya, perkara2 inilah yg kita perlu timbangkan. Untuk menilai yg mana duniawi adalah abstrak, jika pengakhirannya untuk jalan ALLAH, ia boleh jadi ukhrawi dan saham kita untuk ke akhirat jua. Contohnya, jika ada 2 orang cuba mengajak kita ke suatu tempat, seorang berpakaian selekeh, seorang berpakaian kemas, sudah tentu kita akan mengikut org yg berpakaian kemas itu kan?sudah menjadi lumrah, orang akan mendengar kita sekiranya kita seseorang yg berkemampuan dari segi kerjaya dan sebagainya. Dan sekiranya benda yang kita buat terang- terangan tidak mendatangkan manfaat buat diri dan umat, tinggallah ia.

Apakah pula ukhrawi?
Mengajak orang berbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran? Mengikut kawan mendengar ceramah agama?

Ia semua juga bergantung pada niat kita, ikhlaskah hati kita? atau sekadar tunjuk alim? ataupun cakap tak serupa bikin? benarkah kita mau dengar ceramah? atau sekadar mengambil hati rakan kita?

Ikhlaskan hati kita dalam perkara amar makruf nahi mungkar. Jangan ada niat yang terpesong, apa yang kita mau, adalah mencari keredhaan ALLAH dan meningkatkan ketaqwaan kita, bukan demi mendapat kemasyuran dan sebagainya, bukan juga demi badan organisasi dan sebagainya. Jika tersalah matlamat, perkara yang asalnya ukhrawi boleh saja menjadi duniawi...jauhi riak, takbur, dan sebagainya, itu adalah seni dalam berdakwah juga.

"semakin sibuk kita, semakin mahal harga masa buat kita", begitulah kata-kata seorang rakan yg cukup sy kagumi...

Sesungguhnya kesibukan itu sama ada mendatangkan kerugian ataupun keselamatan. Maka, pilihlah kesibukan yg bagaimana kita mahukan.

Semoga ALLAH redha.Wallahua'lam.

Friday, March 25, 2011

DEKATI AL- QURAN?

Bismillahirrahmanirrahim...alhamdulillah, dpt juga sy menulis kali ini. Memang agak lama tidak menulis, dalam jangka masa tersebut, byk juga yang saya pelajari. Semua yg saya alami, pelajari, dan hadapi sekarang benar2 membuatkan sy berfikir dan terus berfikir. Sy seolah2 berada di tepi sebuah tasik yang aman,tetapi, nun jauh di hujung sana ada lagi rupanya tasik yang lebih aman, tenang, burung2 berkicauan dgn riangnya. Namun berat utk sy meninggalkan tasik pertama. Sy memberi alasan, "alah, tasik ni pun ok, bukannya bahaya, pandai la jaga diri, air bukannya dalam pun, xde buaya lagi:)Begitulah cr sy beralasan pd masa itu.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu" (52-56)

dgn kata lain, sy rasa saya sudah selamat, solat, puasa, dan sebagainya..tetapi hakikatnya, itu semua tidak cukup, saya terlupa akan satu lagi tujuan penciptaan kita iaitu untuk menjadi khalifah di muka bumi ALLAH, dgn kata lain, menyampaikan pesanan2 dan kalimah2 ALLAH.

Sudah dijelaskan dalam al-Quran mengenai tujuan penciptaan kita, namun berapa dari kita yang mengambil pengajaran.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat. Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu? "'Dia berfirman, Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"'. (Al- Baqarah, ayat 30)

Jikalau ibu kita menyuruh kita membeli kek di kedai, tegarkah kita melawan pesannya,mesti kita pun pergi belikan, apalagi jika pesan itu direct dari ALLAH melalui kitabNya, sanggupkah kita mengabaikan kalimah2 itu? Tepuk dada tanyalah iman.

Dan betapa banyak lagi pesanan, ayat cinta, mahupun amaran ALLAH kepada kita dalam Al- Quran, yg tidak kita peduli. Sekalipun setiap hari kita membaca al- Quran, dengan penuh tartil dan tajwid yg betul,
pernahkah kita membelek helaian itu dan cuba menyelami apa yang disampaikan di dalamnya.Bukannya belajar tajwid itu salah, bukannya membaca al-Quran berjuzuk2 dengan berlagu itu salah, semuanya bagus dan boleh kita pelajari. Tetapi, apa yang salah adalah tidak pula kita cuba mentadabbur (mengkaji dan menyelidik) ayat- ayat ALLAH tersebut dan mengambil pelajaran dari nya.

Sekiranya boyfriend or girlfriend kita bagi kita surat cinta, adakah kita cakap, 'apa la tulisan camni, ejaan salah la, n etc', tentulah tidakkan. Tetapi, apa yg kita lihat adalah apa yg terkandung di dalamnya, apa yg cuba dinyatakan. Begitu jugalah dgn Al- Quran, yang perlu dihayati. Untuk hidup selamat sejahtera, ayuhlah kita hidup dengan mendekati al- Quran dgn sebenar-benarnya, bukannya dgn sekadar meletakkannya di tmpat yg tinggi di atas almari, beralaskan reha yang ditutupi dgn kain baldu yg indah, sehingga tdk tercapai oleh tgn kita sendiri. Wallahua'lam:)