antara langit, laut, dan daratan

antara langit, laut, dan daratan
TUNTUN LANGKAHKU TUHAN

Friday, December 17, 2010

Datang dan pergi itu pasti

5 OKTOBER 2010

Datuk saya pergi buat selamanya.Semoga arwah dicucuri rahmat Allah..apa yg menyedihkan saya, saya tidak sempat bersua buat pengakhiran kalinya dengan beliau. Itulah pengorbanan yang harus dibayar apabila belajar jauh dari keluarga. Baru sahaja rasanya adik sy meng'tag'kan gambar datuk semasa aidilfitri yang lalu. Dlm gambar itu,adik saya, Alia tengah bersalam dengan datuk. Tersenyum sy membaca komen- komen d gmbar itu. Kata datuk semasa gambar itu diambil, 'eh, balik gahyo ko, kato dok balik, ngaji new zealang'... begitulah butiran dialog antara datuk dan adik. Rupanya datuk tertukar, adik sy itu disangkanya sy,almaklum la, mata pun sudah kabur. Mungkin itu jugak adalah kali terakhir datuk bercakap mengenai sy. Saya redha, perancangan dan kuasa ALLAH tiada siapa mampu melawanNYA. ALLAHUAKBAR...Alhamdulillah, setelah 2 bulan pemergian beliau, sy sudah mampu menerimanya tanpa rasa sedih lagi, at least tiada lagi titis air mata mengalir di pipi setiap kali selepas membaca ayat suci al- quran apalagi bila membaca surah yasin. Jika sebulan yang lalu, sy masih, tapi kini insyaALLAH, sy menjadi lebih kuat. Apa yang mampu sy lakukan, adalah dengan berdoa dan menyedekahkan al-fatihah buat arwah, semoga beliau di tempatkan bersama orang beriman.

amalan anak adam yang tidak putus setelah mati:
- Ilmu yang bermanfaat
- Sedekah jariah
-Doa anak yang soleh

18 OKTOBER 2010

Kelahiran Nur Hanan. Hanan adalah anak saudara sy yang pertama. Anak kepada abang sy yg sulung. Kehadirannya memang dinanti- nantikan. Kadang- kadang, sy ada terfikir, kelahiran Hanan seolah- olah pengganti kepada datuk sy yang baru sahaja pergi. Sy tahu, nada sy persis seorang yang pentingkan diri, kerana Hanan adalah Hanan. Arwah datuk pula adalah datuk. Tidak sy nafikan, kelahiran Hanan sedikit sebanyak mengubati kesedihan sy setelah pemergian datuk buat selamanya. Tetapi, sy tahu Tuhan itu Maha Adil. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

To Hanan: Che Ar hanya dapat berjumpa Hanan lagi setahun la jawabnya. Hanan pun sudah 2 taun masa itu. Grow well my niece. Semoga menjadi anak yang solehah yang mampu berdoa buat orang tuamu kelak. InsyaALLAH:)

0 comments: